Slider

Kenali Kami

i-ezbiz.com adalah konsultan luar yang membantu dan menjadi pemudahcara kepada usahawan dalam menggunakan laman sesawang rasmi pihak SSM EZBIZ untuk mendaftarkan perniagaan secara sah di Malaysia.

Apakah Laman Sesawang Rasmi Pendaftaran Perniagaan Oleh Pihak SSM ?

Sistem EzBiz SSM ?

EZBIZ adalah suatu laman sesawang oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) yang mana menjadi paltform untuk usahawan membuat pendaftaran lesen niaga SSM Enterprise (Milikan Tunggal @ Perkongsian) secara atas talian, membuat perubahan terhadap perniagaan yang di miliki dan menutup perniagaan yang di miliki.

Siapa yang Boleh Gunakan EzBiz ?

Usahawan yang berkerakyatan Malaysia atau permenent resident , yang berumur lebih dari 18 tahun, dan setiap pemilik yang telah sahkan id pengguna ezbiz di mana-mana cawangan SSM

Bagaimana EzBiz Berfungsi ?

Sistem EZBIZ terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Proses mendapatkan ID EZBIZ yang di sahkan.

i. Pengguna perlu mendaftar pengguna terlebih dahulu di sistem berkenaan.

ii. Sahkan ID pengguna di SSM atau secara atas talian atau dengan mengikuti arahan yang di berikan setelah mendaftar pengguna

2. Proses mendaftarkan perniagaan

Proses ini dengan melengkapkan borang yang terdapat di laman sesawang berkenaan setelah ID pengguna di sahkan

Kenapa Anda Perlukan Khidmat Kami ?

  • Berpengalaman menggunakan sistem EZBIZ.
  • Memberi konsultansi pemilihan nama perniagaan yang sesuai.
  • Memberi konsultansi pemilihan jenis perniagaan yang sesuai.
  • Memberi panduan perbaharui SSM anda atau rakan anda di kemudian hari ( berpotensi mendapat kembali modal yang di keluarkan ).
  • Khidmat sokongan sehingga permohonan daftar perniagaan anda di luluskan

Persediaan Sebelum Melantik Kami

Seperti di maklumkan dalam panduan sistem EZBIZ di atas, Bagi memudahkan urusan, Anda harus mengesahkan ID pengguna bagi sistem EZBIZ di Cawangan SSM berhampiran atau hubungi kami untuk khidmat sokongan dan panduan.

Pakej yang kami tawarkan

Khidmat Nasihat  dan Sokongan Sistem EZBIZ - RM 50

Pendaftaran perniagaan dan Khidmat Sokongan – EZBIZ – RM 150

SAYA BERMINAT UNTUK DAPATKAN KHIDMAT I-EZBIZ.COM